Sebelum Migrasi Dari 1NSMail ke MyGovUC

Anda pengguna 1NSMail sedia ada? Untuk mengelakkan e-mel semasa anda hilang. Anda disarankan untuk melaksanakan aktiviti pengemaskinian dan pengarkiban e-mel menggunakan kaedah berikut:

 

  1. Menggunakan satu tools khas untuk melakukan migrasi data e-mel individu (di dalam format .pst) ke Gmail iaitu Google Workspace Migration for Microsoft Outlook (GWMMO).
  2. Bagi data e-mel selain format .pst, pengguna boleh melakukan migrasi e-mel masing-masing menggunakan aplikasi Microsoft Outlook dan Thunderbird.
  3. Manual migrasi menggunakan GWMMO, Outlook dan Thunderbird telah disediakan oleh pihak Pasukan MyGovUC MAMPU dan boleh dimuat turun melalui portal MyGovUC 2.0 (https://www.mygovuc.gov.my/?q=muat-turun)

Aktiviti migrasi data e-mel 1NSMail hendaklah dilaksanakan sebelum penutupan sepenuhnya e-mel 1NSMail pada 30 Jun 2022.