MyGovUC 2.0

SOLUSI BAHARU PERKHIDMATAN E-MEL PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI SEMBILAN

PERKHIDMATAN MyGovUC YANG DITAWARKAN

  • DASHBOARD

  • E-MEL

  • KALENDAR

  • URUS PROFIL PENGGUNA

  • LEARNING SYSTEM

  • VIDEO CONFERENCE

  • STORAN CLOUD

  • CHAT

  • PORTAL MyGovUC

  • Penghantaran Dokumen Terperingkat

  • Solusi Baharu Perkhidmatan E-Mel Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan

    Dimaklumkan bahawa perkhidmatan penyelenggaraan e-mel sedia ada pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan (1NSMail)  akan berakhir pada 21 April 2022.  Oleh itu, perkhidmatan 1NSMail akan digantikan dengan perkhidmatan e-mel MyGovUC 2.0 menggunakan platform Google WorkSpace (GWS) yang akan mula dilaksanakan pada 14 April 2022 berdasarkan kepada keputusan mesyuarat teknikal bersama Pasukan MyGovUC MAMPU pada 24 Februari 2022 yang lalu. Perkhidmatan MyGovUC 2.0 ini akan dilaksanakan secara zero migration di mana tiada migrasi akan dibuat daripada server 1NSMail.  Pengguna 1NSMail adalah disarankan untuk melaksanakan aktiviti pengemaskinian dan pengarkiban e-mel menggunakan kaedah berikut:

    1. Menggunakan satu tools khas untuk melakukan migrasi data e-mel individu (di dalam format .pst) ke Gmail iaitu Google Workspace Migration for Microsoft Outlook (GWMMO).
    2. Bagi data e-mel selain format .pst, pengguna boleh melakukan migrasi e-mel masing-masing menggunakan aplikasi Microsoft Outlook dan Thunderbird.
    3. Manual migrasi menggunakan GWMMO, Outlook dan Thunderbird telah disediakan oleh pihak Pasukan MyGovUC MAMPU dan boleh dimuat turun melalui portal MyGovUC 2.0 (https://www.mygovuc.gov.my/?q=muat-turun)

    Aktiviti migrasi data e-mel 1NSMail hendaklah dilaksanakan sebelum penutupan sepenuhnya e-mel 1NSMail pada 30 Jun 2022.

    RUJUK SURAT DAN EMEL BERTARIKH 13 MAC 2022 - PENAMATAN PERKHIDMATAN 1NSMAIL PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI SEMBILAN DAN PELAKSANAAN PERKHIDMATAN MALAYSIA GOVERNMENT UNIFIED COMMUNICATION (MYGOVUC 2.0)  (Klik untuk download surat)

    Sebelum Migrasi Dari 1NSMail ke MyGovUC

    Anda pengguna 1NSMail sedia ada? Untuk mengelakkan e-mel semasa anda hilang. Anda disarankan untuk melaksanakan aktiviti pengemaskinian dan pengarkiban e-mel menggunakan kaedah berikut: